Wednesday, April 13, 2011

suka duka sem 4

selamat petang. huh. baru rasa nak update blog wehh.. sory. sibok sangat2 :)

akhirnya hari nie,khamis tamat sudah kelas untuk sem 4. tapi perjalanan aku belum tamat lagi,masih ada test esok petang-AIS 280. wish me luck! :)

sem nie banyak memberi impak dari segi positif dan negatif untuk aku. yg positifnya, aku rasa ada perubahan dalam carry mark aku, quite good laa.. aku banyak tumpukan perhatian didalam kelas. tapi kalau ngantok,ahh.. tido jaaa... tak tertahan aku. haha. kalau impak negative pulak, STRESS! ahh!!! seyes stress.. entah kenapa sem nie aku rasa tiap2 quiz dan test sangat berharga buat aku. bagi aku kalau dapat terok,bagaikan gagal aku. huhu. ayat dah tunggang terbalik dah. pagi tadi aku baru ja abes test akaun. ya allah, akhirnya abes jugak. aku sangat-sangat stress bila study akaun.

untuk pengetahuan ampa, aku bukan budak pandai hanya budak mentah yang belajar hanya untuk lulus dalam exam saja. sedih kan dengar? tapi itulah hakikat, tapi aku tak menyerah lagi. aku tak tido ? TAK PA. aku tak makan ? TAK PA. baru-baru nie aku rasa stress dan akhirnya mengalah wat sementara. aku tewas dengan air mata. akhirnya turun jua dia akhirnyaa. aku tak tau nak cita kat sapa. ada kawan-kawan,tapi dorang pun stress jugak. jadi aku tak nak cerita kat dorang. bila dengar ja suara mama dan abah, lagilah lebat air mata turun. aku pergi. aku pergi menenangkan fikiran selama 1 hari. aku tak balik rumah,tipu housemate aku yang aku tidur di kolej. padahal aku bawak keta pergi penang sorang-sorang time malam-malam sorang. rasa takut? tak pun sebab tekanan dengan study. itulah yang jadi kalau aku da kenderaaan. hehehehe... tak pa la. yang penting sekarang nie aku dah ok kan.

sekarang nie baru aku terasa sikit kot sebab tak da boyfriend macam orang lain. kalau tension,boley kuar date. hilangkan tension. nie aku ,kalau balik ja kelas,menghadap buku ngan tv ja. laptop pun dah jarang bukak. sedih kan. haha, apa-apa pun aku mungkin puas hati dengan apa yang aku alami selama nie nnt. jadi SABAR NADIA K! :))

da orang lain lagiiiiiii la tension dari kamu taww... go go chaiyokk for final

p/s: jum cuti sem lepak kedai gemilang jum :)