Monday, May 21, 2012

Benefit Vitamin C, Cream Vitamin E & Supracolor foundation.

Hye, selamat malam semua ! Syukur alhamdulillah akhirnya terbuka jugak hati aku untuk kembali menulis di blog ini. Ini semua untuk atul. hehe. Di blog ini, aku diminta menceritakan tentang produk Vitamin C, Cream Vitamin E dan Supracolor foundation.

Vitamin C.
Bila dengar ja vitamin C apa yang kita fikir ? Mesti untuk kulit kan yang paling penting. Tetapi khasiat bila makan vitamin C nie sangat banyak kelebihannya. Contohnya, yang paling semua orang inginkan iaitu kulit yang cerah, tegang, licin dan juga berseri walaupun tanpa make up, menghilang bintik2 hitam, jeragat disebabkan terdedahnya kulit pada matahari. Vitamin C juga boleh merawat luka dari dalam, mengurangkan kolestrol, menjaga saluran darah kita, mencegah penyakit barah serta mengurangkan keletihan dan meningkatkan tenaga untuk perjalanan seharian. Untuk pengetahuan kalian, vitamin C nie sangat diperlukan dalam badan manusia sebab ia tak boleh dibina secara semulajadi.

Cream Vitamin E.
Kalau mengikut apa yang aku faham. Vitamin C dan E nie kelebihannya lebih kurang sama ja. Tapi kalau nak ikutkan perbezaannya, vitamin E nie vitamin larut lemak yang kebanyakannya boley terdapat di dalam pelbagai jenis minyak seperti minyak kacang soya, minyak sayuran. Tapi sekarang kan zaman dah makin moden dan makin sibuk mengejar hal duniawi jadi mesti dah tak sempat nak wat cara tradisi betul tak. Jadi makan pil atau pakai cream vitamin E pun okay what ? hihihi

Supracolor foundation.
Mesti ada yang tak penah dengar kan apa itu supracolor foundation ? Haa.. Untuk pengetahuan kalian, supracolor foundation nie adalah salah satu barang kosmetik yang kebanyakan digunakan oleh artis untuk wat muka nampak muda dan ala barbie doll gitu. Ahaks~ Foundation nie tak digalakkan untuk muka yang easy oily sebab nanti nampak tak sekata. Kalau untuk kulit kering boley sebab foundation nie oily sikit. Jadi bila orang kulit kering pakai sangatlah sesuai ! HEHE


Okay tamat sudah apa yang hendak diutarakan. Saja nak berkongsi cerita tentang vitamin2. Kalau berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Ada kawan aku jual 3 produk nie dan sangatlah laku sebab murah dan sangat berkesan. Kalau ada apa2 carik dia di sini http://ceritacekodoklabu.blogspot.com


Terima kasih :D

Thursday, May 12, 2011

fanatic sangatkah aku pada mereka ?

aku tertanya-tanya bila kawan-kawan lelaki aku cakap aku fanatic GILA pada korea. haha. tak laa.. aku tak la sampai tergila-gila sukakan artis. tak semua artis korea aku suka. aku hanya suka JYJ yang dahulunya kumpulan DBSK/TVXQ/TOHOSHINKI . mereka nie dahulunya berlima tetapi sejak tahun 2006 kot kalau tak salah mereka sudah berpecah 3-2 sebabnya yang 3 orang nie Jaejoong, Yoochun, Junsu (JYJ) saman company dorg iaitu SM Entertainment sbb dorg nie famous gilaaa kat korea dan jepun dan fans mereka adalah yang paling fanatic. kalau sapa2 yang carik pasal dengan DBSK, fans dorg akan hantar surat layang dan ugut bunuh. huuu~~ takut ooo..

Di Malaysia, tak ramai yang mengenali JYJ,DBSK. ramai yang mengenali SUPER JUNIOR, SNSD. haaa.. betol tak ? aku pun layan ja lagu group2 lain cuma tak sesuka aku pada JYJ lah! .haha.

jum lihat sejaoh mana orang cakap FANATICNYA AKU ?


nie wallpaper background lappy aku..

nie background firefox aku.

nie background google chrome aku.


lekat gambar wajib !

haa.. notebook nie hadiah dari seseorang, khas dari korea. bila dapat nie sumpah jantung hampir berhenti. haha

antara mereka berlima aku paling suka MICKY YOOCHUN. alaa..yang jadi wallpaper background lappy aku la tuu.. haha. xcam sgt? lu tgok sendiri la kat google k. cari sendiri kat google lagi byk information dapat.

kalau lah aku nie fanatic,mesti aku pegi concert dorg kat kl dulu. seminat2 aku pun pikir jugak ar nak p concert pun. cuba pikir tgok, kalau p pun bolehkaa nampak depa depan mata ? kalau tiket paling murah pun dok jaoh mana hala tu. nampak dorg macam batang lidi ja. jadi baik aku download ja concert dorg sudehh.. jimat duit dan dapat jugak tatap mereka berulang kali kan ? haha.. so sekarang nie ampa nak kata aku fanatic ka tak ?

saranghae yo MICKY YOOCHUN ! :)





Wednesday, April 13, 2011

suka duka sem 4

selamat petang. huh. baru rasa nak update blog wehh.. sory. sibok sangat2 :)

akhirnya hari nie,khamis tamat sudah kelas untuk sem 4. tapi perjalanan aku belum tamat lagi,masih ada test esok petang-AIS 280. wish me luck! :)

sem nie banyak memberi impak dari segi positif dan negatif untuk aku. yg positifnya, aku rasa ada perubahan dalam carry mark aku, quite good laa.. aku banyak tumpukan perhatian didalam kelas. tapi kalau ngantok,ahh.. tido jaaa... tak tertahan aku. haha. kalau impak negative pulak, STRESS! ahh!!! seyes stress.. entah kenapa sem nie aku rasa tiap2 quiz dan test sangat berharga buat aku. bagi aku kalau dapat terok,bagaikan gagal aku. huhu. ayat dah tunggang terbalik dah. pagi tadi aku baru ja abes test akaun. ya allah, akhirnya abes jugak. aku sangat-sangat stress bila study akaun.

untuk pengetahuan ampa, aku bukan budak pandai hanya budak mentah yang belajar hanya untuk lulus dalam exam saja. sedih kan dengar? tapi itulah hakikat, tapi aku tak menyerah lagi. aku tak tido ? TAK PA. aku tak makan ? TAK PA. baru-baru nie aku rasa stress dan akhirnya mengalah wat sementara. aku tewas dengan air mata. akhirnya turun jua dia akhirnyaa. aku tak tau nak cita kat sapa. ada kawan-kawan,tapi dorang pun stress jugak. jadi aku tak nak cerita kat dorang. bila dengar ja suara mama dan abah, lagilah lebat air mata turun. aku pergi. aku pergi menenangkan fikiran selama 1 hari. aku tak balik rumah,tipu housemate aku yang aku tidur di kolej. padahal aku bawak keta pergi penang sorang-sorang time malam-malam sorang. rasa takut? tak pun sebab tekanan dengan study. itulah yang jadi kalau aku da kenderaaan. hehehehe... tak pa la. yang penting sekarang nie aku dah ok kan.

sekarang nie baru aku terasa sikit kot sebab tak da boyfriend macam orang lain. kalau tension,boley kuar date. hilangkan tension. nie aku ,kalau balik ja kelas,menghadap buku ngan tv ja. laptop pun dah jarang bukak. sedih kan. haha, apa-apa pun aku mungkin puas hati dengan apa yang aku alami selama nie nnt. jadi SABAR NADIA K! :))

da orang lain lagiiiiiii la tension dari kamu taww... go go chaiyokk for final

p/s: jum cuti sem lepak kedai gemilang jum :)

Tuesday, February 22, 2011

aku suka masuk kelas untuk...

yess! salam pagi 1 malaysia !

SITUASI :-

kelas BEL (english) - aku suka bila masuk kelas BEL, direct tiap-tiap minggu kena panggil pegi depan wat speaking test. Madam Dourado lah katakan. tapi seyes aku suka kelas BEL sebab tak dak final paper. yahuu~ tapi assignmentnya hampehh.. jangan tnya. haha

kelas ECO (macroeconomics) - aku suka bila masok kelas lec nie 1 apa pun aku tak paham! dah la kelas tingkat 4 nuhh.. air-cond rosak direct dari mula-mula masok kelas bulan jan lagi! grrr~ bila dia ajar kat depan, aku dok belakang sekali. dan bila dia dah abes per 1 topic dia akan tnya, okey kelas! u all paham tak? kami diam ja.. lepas tu dia gelak..yeiiii... kamu sudah petik 1 bintang ! wahh.. kalau kamu paham lagi banyak bintang yg kamu petik. ya mdm. kami selalu dapat petik bintang yg mdm ajar kan.? haha. dan finally esok aku test ngn quiz eco(sempat lg nak update blog) dan aku masih "terkulat-kulat" nak paham apa yg dia ajar selama nie. terbaeklah!

kelas MAF (costing) - entah kenapa aku suka kelas costing sem nie. bukan sebab lec tp sebab paham lagi kot. haha. rajin aku sem nie wat keja sekolah kan ? ;)

kelas AIS (accounting computer system) - kelas nie pun aku suka jugak. suka sebab lec dia tak garang lgsung dan sporting gilerr.. haha . dan disebabkan dia sporting la aku jadi terumbang-ambing nak record sales,purchase,account kat mana. haha . yg aku taw bila masuk ja makmal komputer, on komputer bukak blog tapi masih tidak mengupdate blog selalu, tengok movie di dalam kelas. jahat kan. tapi aku penah wat lagi jahat dari nie taww :D

kelas FAR (financial accounting) - yess! pure account! i hate it ! but i have to love it ! lec suroh. dia cakap, kalau kamu benci akaun,jadi fail lah kamu.. aghh.. tak nakkkk... yess.. saya cinta akaun! subjek akaun sem nie yang paling susah dan ramai yang failed! saya harus lebih berhati-hati. dah la tak bapa nak paham dia ajar sebab tak wat latihan. sob sobb.. sory puan tak wat keja sekolah sebab saya selalu letih bila tengok akaun :(

5 je subjek yang aku amek, tapi subjeknyaaa gilerrrr !!!! macam nak hentuk kepala kat dinding ja. **** !!! bila nak abes study nie !

saya nak jadi pelajar yang rajin tapi semangat saya hilang entah kemana :)