Thursday, May 12, 2011

fanatic sangatkah aku pada mereka ?

aku tertanya-tanya bila kawan-kawan lelaki aku cakap aku fanatic GILA pada korea. haha. tak laa.. aku tak la sampai tergila-gila sukakan artis. tak semua artis korea aku suka. aku hanya suka JYJ yang dahulunya kumpulan DBSK/TVXQ/TOHOSHINKI . mereka nie dahulunya berlima tetapi sejak tahun 2006 kot kalau tak salah mereka sudah berpecah 3-2 sebabnya yang 3 orang nie Jaejoong, Yoochun, Junsu (JYJ) saman company dorg iaitu SM Entertainment sbb dorg nie famous gilaaa kat korea dan jepun dan fans mereka adalah yang paling fanatic. kalau sapa2 yang carik pasal dengan DBSK, fans dorg akan hantar surat layang dan ugut bunuh. huuu~~ takut ooo..

Di Malaysia, tak ramai yang mengenali JYJ,DBSK. ramai yang mengenali SUPER JUNIOR, SNSD. haaa.. betol tak ? aku pun layan ja lagu group2 lain cuma tak sesuka aku pada JYJ lah! .haha.

jum lihat sejaoh mana orang cakap FANATICNYA AKU ?


nie wallpaper background lappy aku..

nie background firefox aku.

nie background google chrome aku.


lekat gambar wajib !

haa.. notebook nie hadiah dari seseorang, khas dari korea. bila dapat nie sumpah jantung hampir berhenti. haha

antara mereka berlima aku paling suka MICKY YOOCHUN. alaa..yang jadi wallpaper background lappy aku la tuu.. haha. xcam sgt? lu tgok sendiri la kat google k. cari sendiri kat google lagi byk information dapat.

kalau lah aku nie fanatic,mesti aku pegi concert dorg kat kl dulu. seminat2 aku pun pikir jugak ar nak p concert pun. cuba pikir tgok, kalau p pun bolehkaa nampak depa depan mata ? kalau tiket paling murah pun dok jaoh mana hala tu. nampak dorg macam batang lidi ja. jadi baik aku download ja concert dorg sudehh.. jimat duit dan dapat jugak tatap mereka berulang kali kan ? haha.. so sekarang nie ampa nak kata aku fanatic ka tak ?

saranghae yo MICKY YOOCHUN ! :)





Wednesday, April 13, 2011

suka duka sem 4

selamat petang. huh. baru rasa nak update blog wehh.. sory. sibok sangat2 :)

akhirnya hari nie,khamis tamat sudah kelas untuk sem 4. tapi perjalanan aku belum tamat lagi,masih ada test esok petang-AIS 280. wish me luck! :)

sem nie banyak memberi impak dari segi positif dan negatif untuk aku. yg positifnya, aku rasa ada perubahan dalam carry mark aku, quite good laa.. aku banyak tumpukan perhatian didalam kelas. tapi kalau ngantok,ahh.. tido jaaa... tak tertahan aku. haha. kalau impak negative pulak, STRESS! ahh!!! seyes stress.. entah kenapa sem nie aku rasa tiap2 quiz dan test sangat berharga buat aku. bagi aku kalau dapat terok,bagaikan gagal aku. huhu. ayat dah tunggang terbalik dah. pagi tadi aku baru ja abes test akaun. ya allah, akhirnya abes jugak. aku sangat-sangat stress bila study akaun.

untuk pengetahuan ampa, aku bukan budak pandai hanya budak mentah yang belajar hanya untuk lulus dalam exam saja. sedih kan dengar? tapi itulah hakikat, tapi aku tak menyerah lagi. aku tak tido ? TAK PA. aku tak makan ? TAK PA. baru-baru nie aku rasa stress dan akhirnya mengalah wat sementara. aku tewas dengan air mata. akhirnya turun jua dia akhirnyaa. aku tak tau nak cita kat sapa. ada kawan-kawan,tapi dorang pun stress jugak. jadi aku tak nak cerita kat dorang. bila dengar ja suara mama dan abah, lagilah lebat air mata turun. aku pergi. aku pergi menenangkan fikiran selama 1 hari. aku tak balik rumah,tipu housemate aku yang aku tidur di kolej. padahal aku bawak keta pergi penang sorang-sorang time malam-malam sorang. rasa takut? tak pun sebab tekanan dengan study. itulah yang jadi kalau aku da kenderaaan. hehehehe... tak pa la. yang penting sekarang nie aku dah ok kan.

sekarang nie baru aku terasa sikit kot sebab tak da boyfriend macam orang lain. kalau tension,boley kuar date. hilangkan tension. nie aku ,kalau balik ja kelas,menghadap buku ngan tv ja. laptop pun dah jarang bukak. sedih kan. haha, apa-apa pun aku mungkin puas hati dengan apa yang aku alami selama nie nnt. jadi SABAR NADIA K! :))

da orang lain lagiiiiiii la tension dari kamu taww... go go chaiyokk for final

p/s: jum cuti sem lepak kedai gemilang jum :)

Tuesday, February 22, 2011

aku suka masuk kelas untuk...

yess! salam pagi 1 malaysia !

SITUASI :-

kelas BEL (english) - aku suka bila masuk kelas BEL, direct tiap-tiap minggu kena panggil pegi depan wat speaking test. Madam Dourado lah katakan. tapi seyes aku suka kelas BEL sebab tak dak final paper. yahuu~ tapi assignmentnya hampehh.. jangan tnya. haha

kelas ECO (macroeconomics) - aku suka bila masok kelas lec nie 1 apa pun aku tak paham! dah la kelas tingkat 4 nuhh.. air-cond rosak direct dari mula-mula masok kelas bulan jan lagi! grrr~ bila dia ajar kat depan, aku dok belakang sekali. dan bila dia dah abes per 1 topic dia akan tnya, okey kelas! u all paham tak? kami diam ja.. lepas tu dia gelak..yeiiii... kamu sudah petik 1 bintang ! wahh.. kalau kamu paham lagi banyak bintang yg kamu petik. ya mdm. kami selalu dapat petik bintang yg mdm ajar kan.? haha. dan finally esok aku test ngn quiz eco(sempat lg nak update blog) dan aku masih "terkulat-kulat" nak paham apa yg dia ajar selama nie. terbaeklah!

kelas MAF (costing) - entah kenapa aku suka kelas costing sem nie. bukan sebab lec tp sebab paham lagi kot. haha. rajin aku sem nie wat keja sekolah kan ? ;)

kelas AIS (accounting computer system) - kelas nie pun aku suka jugak. suka sebab lec dia tak garang lgsung dan sporting gilerr.. haha . dan disebabkan dia sporting la aku jadi terumbang-ambing nak record sales,purchase,account kat mana. haha . yg aku taw bila masuk ja makmal komputer, on komputer bukak blog tapi masih tidak mengupdate blog selalu, tengok movie di dalam kelas. jahat kan. tapi aku penah wat lagi jahat dari nie taww :D

kelas FAR (financial accounting) - yess! pure account! i hate it ! but i have to love it ! lec suroh. dia cakap, kalau kamu benci akaun,jadi fail lah kamu.. aghh.. tak nakkkk... yess.. saya cinta akaun! subjek akaun sem nie yang paling susah dan ramai yang failed! saya harus lebih berhati-hati. dah la tak bapa nak paham dia ajar sebab tak wat latihan. sob sobb.. sory puan tak wat keja sekolah sebab saya selalu letih bila tengok akaun :(

5 je subjek yang aku amek, tapi subjeknyaaa gilerrrr !!!! macam nak hentuk kepala kat dinding ja. **** !!! bila nak abes study nie !

saya nak jadi pelajar yang rajin tapi semangat saya hilang entah kemana :)

Friday, February 4, 2011

sedih dengan persepsi orang kampung

hye . salam tahun baru cina buat semua .

ermm . topic kali nie agak kontroversi kot .

ya la . mana taknya . aku sedih betol dengan persepsi orang kampung .
apa salahkah kalau kita kawan dengan orang yang berbeza dari segi apa pun ?
setahu aku tak salah !

salahkah kita berkawan rapat dengan budak "freehair" ?
adakah budak freehair nie semuanya sosial ?

salahkah kita berkawan rapat dengan lelaki ?
adakah budak lelaki semuanya terok ?

perlukah kita hanya perlu berkawan dengan orang yang sama taraf dengan kita ?

dan perlukah kita berkawan dengan orang yang bertudung labuh saja ?
yang hanya pandai menjaga tatasusila ?
adakah kita nie baik sangat nak membandingkan diri kita dengan orang lain ?

aku tak suka semua nie !
bila aku dengar ja semua nie dengan telinga aku sendiri .panassss jaaa. tapi apa perlu buat, tak kan nak melawan cakap kan ?

tak pa . lepas nie kita hanya kawan dengan orang yang baik-baik ja dimata orang tua-tua kan .
senang hidup dunia akhirat kalau ikut cakap orang tua-tua .

ya la ! kita memang hidop untuk menjaga hati orang tua-tua kan ?

Tuesday, February 1, 2011

tiba-tiba saya rindu

hye hye ! salam tahun baru cina . :)

wah wahh . amboiii .. sejak masuk u nie, nadya aziz dah pandai rindu-rindu laaa . haha. rindu siapa ?

1. rindu sepupu-sepupu saya
2. rindu kawan-kawan kem plkn beringin beach resort,langkawi
3. rindu cita korea dgn jepun . wuwu . dah lama tak tengok kot! busy dgn keja!
4. rindu rumah sewa . baru ja tinggal 5hari . macam mana keadaan rumahku ?
5. rindu kampung halamanku, Permatang Rambai , Penaga , SPU , Penang
6. rindu FARIS SYAHMEE , BUNGA AYISHA
7. rindu zaman persekolahan
8. rindu istanbul
9. rindu DBSK dgn JYJ

perggh . banyak an ? tu laa.. rindu sangat-sangat . actually banyak lagi yang rindu niee . parents ngn mmbe2 skolah xyah rindu dah sbb sekarang saya berada di alor setar, jadi selalu jmpa . hilang dah rindu !

awak pulak rindu sapa ? mari kita kongsi-kongsi nakk ?

rindu serindu-rindunya la awak :)

Monday, January 31, 2011

nak jadi jiwang kejap boley ?

kadangkala ku rasa
ingin luahkan segalanya
rahsia yang tersimpan didada sekian lama
namun kelu terus membisu
menatap wajahmu
daku malu tapi tak mahu kehilanganmu

ucapkanlah cinta
ucapkan ku saja
yang kau perlu setiap waktu
sepanjang hayatmu

ucapkan kau rindu
daku yang kau mahu
yang kau cari telah kau temui
ku tidak tertahan lagi
untuk mengaku ku cintamu

dan kadangkala kita
hanya sedar keindahannya
apabila dia sudah tiada di depan mata
tidak relaku lepaskan satu-satunya insan
yang berikanku segala makna kehidupan

hanya daku kau terima
lebih dari teman biasa
dakukan setia tak ku benarkan
kau berair mata

andai terima cintaku
daku kan belaikan tanganmu
di penghujung waktu kau dan aku
di dunia

keredhaan dan ketulusan hati amat diperlukan disini ya !

Thursday, January 27, 2011

:: alor setar i city ::

hye hye ! untuk pengetahuan korang semua . aku baru ja sampai alor setar tepat jam 5.15petang . betapa indahnya permandangan di highway alor setar tadi . bajet macam lama tak balik ja, padahal baru 2minggu . rindu kot kat alor setar ! haha .

cuti seminggu ini akan saya penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah . memo untuk cuti mid sem :)

1. nak melihat permandangan malam - i city !!!
2. nak siapkan assignment akaun - 8past year, presentation power point bel - company, costing - homework 1 topic, ais - MYOB, macro - homework + test after mid sem :(
3. nak tengok drama korea . hehehe . agak2 sempat takk ?
4. nak lawan bowling dengan budak-budak sekolah !

fuhh.. banyak kan ? dan sekarang nie tak taww nak wat yang mana satu dulu :(

dah la sabtu nie ada kenduri sikit kat umah aku . tak sikit la jugak . ada 2 khemah sudah terpacak di depan umah aku . kawan-kawan aku cakap aku kenduri aku bertunang . hee~ kepada rakan-rakan yang tau umah aku dimana, sila la hadirkan diri . ada macam-macam . nanti kalau nak datang call aku dulu taww . hee~ kehadiran anda lagi memeriahkan majlis ! ;D

nanti saya nak kenduri yang besar-besaran :)

Tuesday, January 25, 2011

happy birthday mama !

ibu ibu .
engkaulah ratu hatiku .
bila aku berduka .
engkau selalu hiburkanku selalu .

haha . betol tak eh lirik dia ? macam salah je. tapi tak pe la. hee~
mama . saya sayang mama sangat sangat .
selamat ulang tahun mama!
tunggu nadia balik khamis nie taww .
lepas tu kita pegi makan makan .
shopping shopping .
nadia tak dak hadiah nak bagi sebab nadia tak dapat gaji lagi .
duit ptptn pun tak amek .
semua guna duit mama dan abah .
memang segan jugak nak guna duit mama dan abah .
tapi nadia janji nanti nadia keja, nadia akan bayar balik .
terima kasih mama sebab melahirkan nadia .
sayang mama !

saya sayang mama saya :)

Friday, January 21, 2011

aku suka tengok karenah orang bercinta !

hye hye ! ha topic kali nie aku dapat secara spontan bila tengok kawan aku yang sedang hangat bercinta nie tengah majok ngan boyfriend dia . haha . kelakar pulak aku tengok dia sekarang nie . dari petang tadi lagi aku tengok muka dia monyoookkk ja . ingatkan kan pening kepala ke apa ke . jadi aku malas la nak tegur . biarkan je la . dia wat assemen sambil tengok tv . aku pulak dok dalam bilik, jadi tak tengok pun la dia wat pa kat luar .

pastu baru ja dalam 15minit yang lepas, tiba-tiba masuk bila menjerit kata BOOSAANNN !!!! hahaha . tergelak aku tengok . aku ingatkan dia sibok wat assemen kat luar, rupanya dok ulang-alik dapur,ruang tamu ja . bapa kali round dah dia pusing aku pun tak taw la . haha . dia nie pun satu . kalau dah bosan tu cakap ja la . aku pun dalam bilik bosan jugak . tapi bila dah tengok dia wat keja,aku pun wat jugak la kerja sambil melihat gambar orang tersayang :)

kawan aku tu bila dia bosan tadi, dia keja nak cari pasal ja ngan boyfriend dia . kesian boyfriend dia kena layan kerenah perempuan . hehe . memang orang bercinta memang selalu gaduh ke ? meman kalau gaduh tu berpunca daripada perempuan ke ? nampak macam ya ja . haha . tapi perempuan nie kalau gaduh-gaduh nie, dia nak dimanja,dipujuk. tuptup tadi bila aku cakap malam ie kita kuar g karaoke ngan shopping, senyuumm sakan dia ! hahaha . dah tak bosan dah kan .

pastu dia try call boyfriend dia cakap lembut jaaa kata nak kuar malam nie... kalau tadi marah-marah . hehe . cumelnyaa kawan aku nieee... hahahaha . aku ingatkan boyfriend dia tak marah dia . tapi tuptup boyfriend dia kata okey. kuar elok-elok. jangan gatal-gatal. hati-hati. bye. assalamualaikum. pastu terus letak . bila dah jadi camtu, kawan aku nie marah la . menjerit dia 1umah pun boley dengar . hahahaha . kelakar kan . ha kn dah padan muka awak ! tadi carik pasal lagi . hehehe .

p/s : aku suka tengok orang gaduh-gaduh manja nie tapi aku tak rasa lagi camtu . bila ? tak taw laa. haha .

orang nak aku tak nak orang tak nak aku nak (:

Thursday, January 20, 2011

malam jumaat (:

hye hye ! wahh ! nadia update lagi ! hee~ kali nie aku nak update sal perancangan aku yang telah aku cakap pagi tadi . perancangan apa ?? yang pegi funfair tu la . ada ka patut kami nak p funfair malam jumaat ? haisy~ nak wat cena . funfair tutup hari jumaat . sabtu pulak dah busy nak start kelas hari ahad .

nak dijadikan cerita tadi petang dalam pukul 7lebih umai, atul ngan wanie dah call . tanya jadi tak, nak gi funfair . aku pun apa lagi . haha . on saja! kami rancang dalam 3buah keta . keta wanie, keta aku ngan keta yen . bila nak kuar ja qist call kata funfair tutup hari nie ! kecewa gilerr !!! sobsob~ kesian kat wa, dia tingin gilaa nak p. kami baru rancang nak men banyak-banyak . pastu nak menang bear-bear yang besar lagi dari LB wa ngn atul . hee~ tak pa la. kita p hari len ja la .

pastu tu, dah alang2 kuar. qist ajak g makan kat tanjung dawai pulak . dah tak taw nak wat pa . kami pun on ja la . hanya berbekalkan 6orang ,kami pegi tanjung dawai . HAHA. suka ! yang penting ada orang lain yang jadi dreber aku malam nie . hahaha . sian awak an ? dah la dah makan kat umah, nie pun paksa dia ikot jugak . haha . naseb dia mao ikot . hehe . terima kasih . yang penting saya belanja awak kan ? hahaha .

mahu kenali saya dengan lebih rapat ?

hye hye !~ wahh . sekali gus update 2 teros ! haha . saja la . dah alang-alang ada mood nak update ngan bw nie . hehe . korg nak taw tak aku nie seorang yang macam mana ?? jum kita baca apa yang menarik, membosankan dan tak benya sal aku nie .

1. aku lebih prefer lepak kat umah dari lepak kat luar . sebab aku dulu waktu sekolah menengah ,aku langsung tak penah kuar lepak kat taman ke depan umah ke ngan kawan . bila dah masuk U nie baru la kuar lepak2 kat luar pun . men bowling . tapi tetap bukan taman !

2. aku tak suka cuaca panas ! dulu kalau dok kat rumah alor setar, kalau abah mama aku ajak kuar time matahari terik, aku liat giler nak kuar . sebabnya aku tak suka peluh ! aku suka kuar malam tapi ngan family ja la . ngan kawan2 kuar jugak petang2 nie ,kalau tak nanti kena potpet sebab balik lewat malam . hee~

3. aku suka berkawan dengan lelaki mahupun perempuan ! tadaa~ aku sedar bezanya aku di U dengan di sekolah dulu . dulu time sekolah2 ,aku tak suka berkawan dengan lelaki, bagi aku lelaki zaman sekolah ntah apa2 . lagipun memang aku dilahirkan untuk seklah perempuan semua dari kecik. jadi tiada motif untuk aku berkawan dengan lelaki . kalau tak nanti digelar gatal !~ dulu hidup aku semua dengan perempuan ja . sekarang di U ? aku suka berkwan dengan lelaki . sebabnya dorg ley jaga kita bila kita senang atau susah . naseb baek la time mula2 masuk U dulu ,aku tak culture shock sampai terhegah-hegeh sangat kat lelaki . so far so good la . HAHA . aku berkawan dengan niat yang betul . nak kata kawan laki aku ramai tuu tak la ramai sangat pun . tapi ada la jugak . aku try jadi ramah dan sporting ngan kawan2 aku . :)

4. aku masih single !~ wao. motif aku cakap ceni ? saj la . bukan nak promote or apa2 . untuk pengetahuan korg, aku dah single setahun bapa hari dah . hee~ kira tuu . mesti la kira ! tapi setahun lebih tu kejap ja . aku penah single dekat 15tahun . lagi best kan ? haha . (dari bayi hingga form 3). aku nak kawan ! kawan ! kawan ! tak kisah la rapat ataupun tak . janji bila jum tegur, senyum . tu pun kira kawan jugak kan . aku tak mintak pun bila kawan nie, kita kena kuar ngan dia . kalau tak jumpa pun boley kawan apa kan ?? hee~

5. aku anak kesayangan mama dan abah ! ya saya memang anak manja ! bila orang tanya saya anak keberapa, dengan bangganya saya cakap SAYA ANAK SULUNG . hahah . tekejut cukop ! semua orang ingat aku anak bongsu . wahh .bangganyaa . haha . nak wat cena . disebabkan perbezaan jarak umo aku dan adik aku banyak . tu yang jadi terlebih manja dari mereka tuu. hee~

6. aku sorang budak yang sangat sangat blur ! bak kata lain LAMPI (lambat pickup) . haha . tu la kan . nak wat cena . kalau orang yang berkawan rapat ngan aku memang dah kenal aku cena . kalau ngan kawan2 yang laen boley la dorg cakap singkat2 tapi kalau dengan aku, dorg kena cakap direct ! no belok-belok ! kena cakap dari a sampai z . itulah aku . orang yang kawan ngan aku kena banyak sabar . kekadang bila dorg gelakkan something tu, bila dorg dah abes gelak, baru aku yang gelak terbahak-bahak sorg2 aku .HAHAHA. malu cukop ! tapi nak wat cena . otak nieeee ! aku bukan ja lampi dalam kehidupan seharian tapi dalam pelajaran jugak . kekadang nak ja aku giveup . nak berhenti belajar . tapi SAYANG ! aku dah sem 4 . nadya sabar ! lagi 2 sem ja lagi ! hehe . pastu nadya tak nak sambong degree akaun dah ! nak tukar !

okey la . lec dah mula cakap . bye2 :)

what happened in merbok ?

hye hye !~ fuhh~ finally aku ada jugak masa nak "mengupdate" blog niee . (cehh, baget mcm sibok sgt mcm tan sri tu aphal ??) haha . almaklum lah . selama nie aku busy dok umah ja . wat apa2 keja yg ley wat dirumah . aku bukan seorang kaki berjalan . kalau aku tiada mood atau tak larat, seyess malas sangat nk g jalan2 niee . tapi . hari nie bersamaan 20/1/2011 ,buat pertama kalinya aku ponteng kelas pada pukul 8pagi . motif tak hadir ke kelas ?? SORY PUAN ! sy bukan tak sengaja tak nak datang kelas tapi saya tak terjaga ! hee~ almaklum lah~ selalunya ada 2orang yang gerak aku bangun tido g kelas kul 8 nie . tapi mulai hari ini, hanya tinggal sorang ja yang akan selalu gerak aku bangun . hee~ tadi dia gerak pun aku tak sedar bilanya aku cakap ngan dia .

dan untuk kesimpulan hari ini, aku hanya hadir 1 kelas ja . tu pun naseb baik aku terjaga . tadi pun sempat lagi bermimpi classrap msj kata kelas cancel . HAHAHA. haisy nadya ! sampai begitu sekali anda tak nak hadir ke kelas ?? hee~

dan perancangan untuk abes kelas pukul 12 japg, balik umah dulu. kemas2 apa yang patut . pastu malam nie rancangnya nak g funfair . boley tak ?? nak lepas tension laa.. dah lama terpendam dendam di hati. dendam apa ? dendam nak menang ! tak nak kalah dah !

then,how's my life going on ? so far so good . i think GREAT ! finally aku berjaya jugak ! aku taw korg tak kan paham apa yg berjayanya kan . hehe . apa2 pun aku tak tulis kat blog dan facebook .aku kan kuat . ada otot . ada body . orang kuat mana boley patah semangat . kan ? aku akan tunjjuk kat korg semua yang aku nie bukan lemah . tak semestinya aku tak dapat apa yang penting bagi aku, aku akan hilang segala-galanya . TIDAK SAMA SEKALI !

by the way~ aku nak minta maaf kat kawan aku . sooryy sal semalam . hee~ sebab apa ? tak ley gitau . yang penting awak maafkan saya okeyy . ya saya mengaku, semalam saya sengaja mengelak dari awak ! saya takut nak jumpa awak ! mesti awak pikir saya sombong kan . tapi sebenarnya saya malu nak berhadapan dengan awak . saya taw saya tak wat salah, tapi keadaan membuatkan saya jadi malu nak jumpa awak . saya nak jadi profesional tapi bukan semalam . ada masa jugak nak jadi camtu pun .

lastly~ terima kasih kepada sapa2 yang telah membaca post aku nie . aku tak paksa korg baca pun . ikot la nak baca ka tak . yang penting aku update baru . nanti jangan sapa kata aku sombong !~ hee~ jum sapa nak ikot malam nie p funfair jum !

Thursday, January 13, 2011

ciri-ciri orang yg mencintai kamu !

benda nie aku ambil dari tentangcinta.com . untuk dijadikan motivasi kepada semua :)

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"

Wednesday, January 12, 2011

picture of you

After the after glow sets,
I’m going towards you,
Following the lights which turn on one by one

I’ll embrace you,
Before the cold wind makes your shoulders flinch

I love you,
The foolish you,
You’re so precious to me

As much as the sun that rises above you,
I’ll keep you safe as much as you’ve waited for me, with this glaring heart,
All the dreams I’ve prayed for,
They’re going towards you with my sincere scent

I hope that my wishes of smiling next to you every new morning,
Will be able to come true

I’ll wait for you,
I’ll never let go of your hands,
Even if it’s only tears,
I’ll wipe them away for you

Although we are not able to see the end,
No matter how bumpy our road is,
I’ll promise you, please be mine

As much as the sun that rises above you,
I’ll keep you safe as much as you’ve waited for me, with this glaring heart,
All the dreams I’ve prayed for,
They’re going towards you with my sincere scent,
More than the air I breathe,

‘I love you’ ‘You’re the only one’,
I want to yell those words out into the sky
I love you, my heart which feels like bursting is calling out to you

No matter how many times they find us,
No matter if we can’t breathe,

Like those invisible flower-like smiles,
Which shine just like the stars,
I’ll keep you safe beautifully

As much as the sun that rises above you,
I’ll keep you safe as much as you’ve waited for me, with this glaring heart,
I love you, I love you,
You’re the most beautiful in this world,
This dream-like heart,
More than the air I breathe